^_____^

contohi lah saya yang selalu bersekolah :D hahah
Assalamualaikum , saya Nurul Syahirah bt Kamisan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Batu Pahat , Johor. Blog ini dicipta adalah untuk saya berkongsi tentang hak hak kita iaitu rakyat Malaysia sendiri sebagai pengguna di mana kita sering melakukan urusan jual beli tanpa kita ketahui apa hak kita :) Kita juga boleh mengetahui cara cara untuk berjimat cermat dalam apa jua keadaan sama ada ketika berada di rumah , pejabat atau sebagainya :) Jadi di sini lah tempat anda untuk mengetahui hak hak anda sebagai pengguna :)

welcome to my page ♥

Myspace Graphics Myspace Graphics Myspace Graphics

Thursday, April 15, 2010

Undang-undang Perlindungan Pengguna (:

Undang-undang perlindungan pengguna adalah merupakan perundangan bagi memberi perlindungan kepada pengguna berhubung dengan hak-hak asasi mereka sebagai pengguna. Dalam hubungan ini, pada 9 April 1985, Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu telah mengeluarkan satu. Garis panduan mengenai perlindungan pengguna untuk diguna pakai oleh tiap-tiap negara dalam menggubal polisi dan perundangan berhubung dengan perlindungan pengguna. Prinsip umum yang diputuskan di dalam garis panduan ini ialah bahawa mana-mana perundangan bagi perlindungan pengguna bukanlah akan menjadi satu halangan atau tidak selaras atau bercanggah dengan amalan atau kewajipan perdagangan antarabangsa.



Hari ini, sernua negara yang menganggotai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. telah pun menggubal undang-undang bagi memberi perlindungan pengguna mengenai hak asasi mereka sebagai pengguna. Pendekatan yang diambil mungkin berbeza antara satu negara dengan negara lain bergantung kepada keadaan ekonomi dan sosial negara-negara tersebut. Bagi tujuan ini, United Kingdom, misalnya, telah menggubal Akta Perlindungan Pengguna, 1987. Malaysia telah mengikuti United Kingdom dalam perkara ini dan tidak berapa lama lagi akan mengadakan undang-undang yang sama dengan pindaan atau modifikasi sewajarnya mengikut kesesuaian negara ini. Pada masa ini, Malaysia telah mempunyai 29 undang-undang yang berhubungkait dengan perlindungan pengguna. Semua undang-undang ini mempunyai kaitan antara satu sama lain iaitu bagi memberi perlindungan kepada pengguna. Bagi tujuan kertas ini, undang-undang berkenaan akan diklaskan kepada 3 kategori:



# Undang-undang yang digubal bagi tujuan mempastikan pengguna tidak dinafikan keperluan-keperluan asas mereka.

#
Undang-undang yang digubal bagi tujuan mempastikan keselamatan fizikal pengguna, terutamanya, melindungi pengguna daripada dibekalkan dengan barangan-barangan atau perkhidmatan-perkhidmatan yang boleh membahayakan kesihatan dan keselamatan mereka.

# Undang-undang yang digubal bagi tujuan memberi perlindungan ke atas kepentingan ekonomi pengguna, terutamanya, bagi mempastikan pengguna mendapat faedah yang optimum melalui sumber ekonomi mereka yang terhad.

~ UNDANG-UNDANG BAGI MEMPASTIKAN PENGGUNA TIDAK DINAFIKAN KEPERLUAN ASAS MEREKA ~

Makanan, pakaian, tempat tinggal, peujagaan kesihatan, keselarnatan, persekitaran yang sihat, hak untuk mendapat maklumat dan pelajaran adalah merupakan keperluan-keperluan asas bagi pengguna-pengguna. Undang-undang yang digubal ini adalah bertujuan mempastikan para pengguna tidak dinafikan keperluan keperluan asas ini. Tiap-tiap undang-undang ini saling berhubungkait antara satu dengan yang lain bagi mempastikan ianya dapat memberi perlindungan kepada pengguna-pengguna akan kepentingan ekonomi mereka. Semua undang-undang ini mempunyai objektif yang sama.
~ UNDANG-UNDANG BAGI MEMPASTIKAN KESELAMATAN FIZIKAL PENGGUNA ~


Hak kepada keselamatan dan hak kepada maklumat adalah dua hak asas pengguna. Undang-undang bagi mempastikan keselarnatan fizikal pengguna adalah perlu agar kedua-dua hak ini dihormati dan dilaksanakan. Dalam hubungan ini, pengguna pengguna seharusnya mempunyai hak bagi mendapatkan barangan-barangan atau perkhidmatan-perkhidmatan yang selarnat dan dibekalkan dengan maklumat maklumat sewajarnya. Undang-undang perlindungan pengguna di bawah kategori-kategori ini umumnya menyatakan :-

-> standard mandatori, keperluan keselamatan dan spesifikasi teknikal barangan atau perkhidmatan.
-> maklumat yang perlu dibekalkan bersama barangan atau perkhidmatan kepada pengguna termasuk cara maklumat itu dibekalkan.
-> cara barangan atau perkhidmatan khusus untuk dikilangkan, dibekalkan atau ditawarkan untuk bekalan.

Melarang pengilangan, pembekalan atau penawaran untuk bekalan:

-> mana-mana barang atau perkhidmatan yang tidak mengikut cara yang ditentukan.
-> mana-mana barang atau perkhidmatan yang tidak selarnat atau membahayakan kesihatan pengguna.
-> mana-mana barang atau perkhidmatan yang gagal dengan mernatuhi standard mandatori, keperluan keselarnatan dan spesifikasi teknikal yang ditentukan.
-> mana-mana barangan atau perkhidmatan yang tidak dibekalkan dengan apa-apa maklumat yang ditentukan.
-> mana-mana barang atau perkhidmatan yang mengandungi maklumat yang palsu, mengelirukan cara yang ditentukan.

Memperuntukkan kuasa-kuasa yang diperlukan kepada pihak yang berkuasa bagi membuat peraturan-peraturan atau mengenakan syarat-syarat tertentu bagi mempastikan barangan atau perkhidmatan yang dibekalkan atau ditawarkan untuk bekalan adalah selamat. Kuasa-kuasa ini dimasukkan kuasa :-

* bagi meminta pengilang atau pembekal atau mendapat balik, mengganti, membaik pulih dan memberi gantirugi bagi barang-barang yang rosak atau membahayakan kesihatan pengguna.
* bagi meminta mereka yang bertanggungjawab, memasarkan barangan memaklumkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan dan orang ramai dengan segera sekiranya mereka mengetahui bahawa barangan yang dipasarkan itu boleh membahayakan pengguna.
* menggantung atau melarang bekalan atau tawaran untuk membekalkan apa-apa barangan yang didapati tidak selamat atau membahayakan kesihatan pengguna.
Mengadakan mekanisma "redress" yang mencukupi termasuk perkara-perkara yang berhubungkait dengan "liability" barangan.

Undang-undang perlindungan pengguna ke atas barangan atau perkhidmatan yang tidak selamat adalah bertujuan menggalakkan perilaku yang tinggi atau beretika bagi mereka yang mengeluarkan dan memasarkan barangan dan perkhidmatan.
~ UNDANG-UNDANG BAGI MELINDUNGI KEPENTINGAN EKONOMI PENGGUNA ~


Para pengguna sepatutnya mendapat faedah yang optimum daripada sumber-sumber ekonomi mereka yang terhad. Undang-undang digubal bagi maksud ini adalah undang-undang yang memberi perlindungan ke atas kepentingan ekonomi pengguna. Secara asasnya, undang-undang ini :


Meminta peniaga mematuhi keperluan-keperluan spesifik, seperti :-
=> memberi penunjuk akan harga bagi sernua jenis barangan
=> bagi mengadakan maklumat berhubung dengan barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan untuk bekalan bagi membolehkan pengguna membuat pilihan yang betul

Mengawal atau melarang apa-apa bentuk amalan perniagaan yang boleh membawa kesan negatif ke atas kepentingan ekonomi para pengguna seperti :


:-> mengawalselia jualan barang-barang, sewa beli, jualan rumah ke rumah dan segala bentuk transaksi kredit
:-> melarang jualan secara pilamid
:-> melarang membuat tuntutan yang palsu atau mengelirukan
:-> melarang salahguna dalarn apa-apa kontrak
:-> melarang perdagangan secara monopoli atau "dumping"
Meletakkan tanggungjawab dan obligasi ke atas peniaga bagi menunjukkan :-
-> bekalan yang memenuhi permintan yang berpatutan
-> pengguna mempunyai pilihan yang lebih banyak
-> harga atau caj yang berpatutan
-> kernudahan khidmat lepas jualan
-> maklumat yang dibekalkan mengenai barangan dan perkhidmatan termasuk timbangan dan sukatan yang tepat
-> barangan atau perkhidmatan yang boleh dipercayai dan sesuai dengan tujuan ianya dibuat.

~ UNDANG UNDANG PERLINDUNGAN PENGGUNA DI BAWAH BIDANGKUASA KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA ~

Seperti yang disebut di awal tadi, terdapat 29 undang-undang yang mana. objektifnya adalah melindungi pengguna pada masa ini. Undang-undang ini ditadbir dan di bawah bidangkuasa berbagai Kementerian. Kementerian Perdagangan Dalarn Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah diamanahkan dengan 6 daripada undang-undang ini iaitu:

* Akta Kawalan Harga 1946
* Akta Kawalan Bekalan 1961
* Akta Sewa-Beli 1967
* Akta Timbang dan Sukat 1972
* Akta Perihal Dagangan 1972
* Akta Jualan Langsung 1993.

Wednesday, April 14, 2010

Tanggungjawab Pengguna (:

~ TANGGUNGJAWAB PENGGUNA ~
Setelah pengguna mengetahui dan memahami apakah hak hak mereka, maka pengguna haruslah bertindak mempastikan hak mereka diperolehi. Bagi memperolehi hak-hak itu, pengguna harus mempunyai tanggungjawab yang perfu dilaksanakan.Tanpa tanggungjawab, hak-hak pengguna tidak dapat diperolehi. Ini bermakna pengguna perlu menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengguna.

Terdapat lima tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh pengguna bagi memperolehi hak mereka. Lima tanggungjawab tersebut adalah seperti berikut :-

(a) Kesedaran Mengkritik
(b) Penglibatan dan Tindakan
(c) Tanggungjawab Sosial
(d) Tanggungjawab Alam Semulajadi
(e) Bersatupadu

Pengguna mestilah disedarkan untuk lebih mengkritik tentang mutu dan nilai sesuatu barangan dan perkhidmatan. Ini bermakna jika didapati barangan yang diterima adalah dalam keadaan tidak sempurna, pengguna hendaklah jangan berdiam diri tetapi sebaliknya menyuarakan pendapat bagi mendapat baranganyang sempurna.

(i) Penglibatan Dan Tindakan

Pengguna harus sentiasa melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan sosial yang menjaminkan kepentingan pengguna supaya tidak dicemar atau diabaikan dan mengambil tindakan dengan keyakinan yang berasaskan penyelidikan serta pengetahuan yang sempurna.

(ii) Tanggungiawab Sosial

Pengguna mesti bertindak dengan rasa penuh tanggungjawab sosial dengan kewajipan dan bertimbang rasa supaya tindak tanduk mereka tidak akan menjejaskan golongan rakyat yang kurang bernasib baik mengenai hakikat ekonomi dan sosial yang sedia ada.

(iii) Tanggungiawab Alam Semulajadi

Pengguna perlu kesedaran yang tinggi atas keputusan pengguna mengenai alam sekitar yang mesti dimajukan secara harmoni, menggalakkan keselarnatan alam sekitar dan bertindak untuk menahan kemunduran faktor yang penting ini bagi menjamin mutu kehidupan sekarang dan masa depan.

(iv) Bersatupadu

Tindakan yang paling berkesan bagi menghadapi sesuatu masalah ialah dengan semangat bekerjasama dan bersatupadu. Dengan semangat akan melahirkan kekuatan dan pengaruh supaya dapat perhatian ke atas kepentingan pengguna. Cara yang terbaik untuk bersatupadu ialah dengan melibatkan diri dalam persatuan-persatuan pengguna.

~ PERLINDUNGAN PENGGUNA ~
Pasaran pengguna mengikut pengharapan pengguna perlu memberi khidmat berikut di antaranya:

* barangan-barangan dan perkhidmatan yang dibeli adalah selamat untuk digunakan atau dimakan
* maklumat yang diterima sama ada pacia label barangan, pada Man dan risalah-risalah kerajaan adalah benar, cukup serta mudah difaham supaya pengguna dapat membuat pertimbangan, pemilihan dan pembelian yang rasional berdasarkan kepada maklumat yang ada
* pengguna diberi pilihan di pasaran untuk memilih dan membeli atau tidak membeli tanpa paksaan atau ugutan
* pengguna ada tempat mengadu sekiranya berlaku penyelewengan dalam masa menjalankan proses jualbeli atau setelah pembelian berlaku dan tindakan sewajarnya dibuat untuk menolong mereka sekiranya menghadapi masalah
* sistem perletakan harga yang bersesuaian dengan kualiti barangan dan perkhidmatan yang diberi
* pengguna dilindung melalui penguatkuasaan undang undang pengguna yang berkesan lagi adil
* pengguna diberi pendidikan berkaitan dengan kepenggunaan supaya mereka lebih bersedia menjalankan peranan dan tanggungjawab di pasaran.

Perkembangan di bidang sains dan teknologi melahirkan beranika barangan dan perkhidmatan yang menyebabkan pengguna menghadapi masalah untuk membuat pilihan. Kemudahan kredit dan peningkatan tahap hidup mendorong pengguna mudah berbelanja. Bentuk dan sistem perdagangan telah menjadi bertambah kompleks sehingga sukar untuk difaharni oleh pengguna. Bentuk pembungkusan dan penyampaian maklumat berhubung dengan barangan dan perkhidmatan yang dibekalkan seringkali mengelirukan pengguna. Permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan seringkali melebihi bekalan. Dalam berlumba-lumba mengejar kekayaan dan kemewahan hidup, etika dan aspek kerohanian seringkali diketepikan. Dalam keadaan begini, campur tangan pihak kerajaan adalah diperlukan. Justeru itu, berbagai undang-undang telah digubal dan dikuatkuasakan. Umumnya, undang-undang ini melarang, mengawal atau mengawalselia aktiviti yang dikenalpasti boleh memberi kesan buruk kepada perturnbuhan ekonomi negara atau merugikan pengguna.

Hak Asasi Pengguna (:

Pada masa ini, lapan hak asasi pengguna ini telah diterima secara universal. Selain daripada mengiktiraf 15 Mac sebagai Hari Hak Hak Pengguna Sedunia, aspek aspek hak asasi pengguna ini diambilkira apabila negara mengubal, meminda atau mengkaji semula sesuatu undang-undang yang ada hubungkait dengan pengguna.


Dalam tahun 1962, J.F. Kennedy, Presiden Amerika Syarikat pada masa itu, telah mengenalpasti dan mengisytiharkan empat hak asasi pengguna seperti berikut:


(a) Hak untuk Mendapatkan Keselamatan

(b) Hak untuk Mendapatkan Maklumat

(c) Hak untuk Membuat Pilihan

(d) Hak untuk Menyuarakan Pendapat


Kemudiannya, Consumers International, di samping mengiktiraf hak-hak asasi pengguna yang telah diisytiharkan oleh JR Kennedy itu telah mengenalpasti empat lagi hak-hak asasi pengguna iaitu :-


(a) Hak untuk Mendapatkan Keperluan Asas

(b) Hak untuk Mendapat Keperluan Asas

(c) Hak untuk Mendapat Pendidikan Pengguna

(d) Hak untuk Mendapatkan Alam Sekitar Yang Sihat dan Selamat


Para pengguna berhak dilindungi dari bahaya yang mengancam kesihatan dan keselamatan jiwa semasa menggunakan barang atau perkhidmatan.

~ HAK UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT ~
Pengguna berhak mendapatkan maklumat yang jelas mengenai kegunaan bahan-bahan yang terkandung dan cara perniagaan barang atau perkhidmatan.

~ HAK UNTUK MEMBUAT PILIHAN ~
Pengguna berhak diberi peluang memilih barang-barang atau perkhidmatan pada harga yang berpatutan dan mutu yang memuaskan setiap kali pengguna membeli barangan atau perkhidmatan, maka ia adalah mengikat kontrak dengan penjualnya. Dalam hal ini tanggungjawab pengguna hanyalah perlu memilih barangan atau perkhidmatan yang diingini dan membayar yang ditetapkan oleh penjual untuk mendapatkannya.

~ HAK UNTUK MENYUARAKAN PENDAPAT ~

Pengguna berhak menyuarakan pendapat apabila tidak berpuas hati terhadap barangan atau perkhidmatan yang diperolehi iaitu tidak mendapat layanan yang sewajarnya. Apabila pengguna membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan bererti pengguna dan penjual telah mengikat sesuatu kontrak. Mengikut kontrak tersebut barang yang dibeli mestilah sempurna untuk kegunaannya atau seperti yang dinyatakan oleh penjual.


~ HAK UNTUK MENDAPAT KEPERLUAN ASAS ~
Pengguna berhak kepada barangan dan perkhidmatan asas kehidupan seperti makanan, pakaian, perumahan, kesihatan dan lain-lain. Ini bermakna bahawa sebagai seorang pengguna kita adalah berhak kepada bekalan air yang bersih dan perkhidmatan kesihatan yang sempurna.

~ HAK UNTUK MENDAPAT GANTI RUGI ~
Pengguna berhak mendapat ganti rugi disebabkan barang-barang yang bermutu rendah atau perkhidmatan yang tidak memuaskan.

~ HAK UNTUK MENDAPATKAN PENDIDIKAN PENGGUNA ~
Pengguna adalah berhak dan bertanggungjawab mendapatkan pendidikan pengguna supaya boleh bertindak sebagai pengguna yang baik. Tanggungjawab ini dilaksanakan oleh pihak berkuasa, pertubuhan-pertubuhan pengguna dan pengeluar barang-barang dan perkhidmatan atau para penjual yang menjadi agen mereka.

~ HAK UNTUK MENDAPAT ALAM SEKITAR YANG SIHAT DAN SELAMAT ~
Pengguna adalah berhak untuk mendapatkan alam sekitar yang bersih dan sihat yang boleh memperbaiki mutu kehidupannya.

Ini menunjukkan bahawa hak pengguna bukan sahaja terbatas kepada proses jual beli, tetapi merangkumi keadilan sosial dan ekonomi, pendidikan, alam sekitar serta penyertaan masyarakat dalam proses demokrasi. Namun begitu kebanyakan para pengguna masih lagi tidak menyedari dan memahami sepenuhnya hak-hak dan tanggungjawabnya sebagai pengguna. Keadaan ini berlaku bukan sahaja disebabkan oleh sistern penyebaran maklumat mengenainya yang amat terbatas tetapi juga sikap acuh tak acuh para pengguna sendiri.

Kebajikan pengguna (hak-hak pengguna) akan dapat dipertahankan dengan cemerlang dalam jangka masa panjang melalui pendidikan. Semakin tinggi standard pendidikan kepenggunaan di kalangan pengguna semakin tinggilah kesedaran dan keupayaan pengguna menilai secara lebih tepat ke atas faedah yang boleh mereka perolehi dari pembelian ke atas sesuatu barangan atau perkhidmatan serta berupaya menuntut haknya sebagai pembeli mengikut lunas-lunas keadilan dan undang undang. Pengguna yang peka dan mempunyai pengetahuan yang memadai dan pergerakan pengguna yang sihat akan menyediakan stimulus yang berharga kepada peniaga untuk menyediakan barangan dan perkhidmatan yang benar-benar dikehendaki pada masa, tempat dan harga yang sesuai.

Tuesday, April 13, 2010

Pengguna (:

~ PENGGUNA ~

♥ Dengan lain perkataan walaupun pengguna mempunyai hak-hak tertentu, namun hak-hak berkenaan bukanlah diperolehi secara automatik. Ramai pengguna yang kurang tahu atau kurang mengambil tahu akan hak-hak mereka. Pengguna harus diberi kesedaran bahawa mereka mempunyai hak-hak tertentu dan seterusnya berusaha bagi mendapatkan hak-hak mereka. Pada kebiasaannya pengguna itu tidak akan mendapat haknya melainkan :-
(a) Mengetahui apakah hak-haknya
(b) Menuntut hak-hak tersebut daripada pihak yang wajar memberikannya
(C) Memainkan tanggungjawab dan peranan mereka dan berusaha mendapatkan hak-hak itu.

♥ Maka amalan seorang pengguna yang baik dan bijak ialah membuat imbangan antara tanggungjawabnya sebagai pengguna dan dalarn masa yang sama menuntut apa yang sepatutnya mereka berhak mendapatkannya.

~ SIAPA ITU PENGGUNA ~

♥ Pengguna ialah setiap orang yang mendapatkan barangan dan perkhidmatan dari pasaran untuk kegunaan dirinya dan keluarganya. Secara mudah kita lihat pengguna dan konsep kepenggunaan ini dalam konteks yang paling mikro iaitu diri kita sendiri. Kita sebagai individu adalah pengguna tanpa mengira siapa sebenarnya kedudukan kita dalarn masyarakat sekeliling. Sebahagian besar dari apa yang kita gunakan adalah hasil usaha orang lain sama ada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan.

♥ Walaupun barangan atau perkhidmatan itu kita keluarkan sendiri atau kita bayar untuk menikmatinya tidak dinafikan bahawa kita adalah pengguna. Sebagai pengguna yang terpaksa membayar dengan jumlah wang atau tenaga usaha dengan kadar tertentu kita memang mengharapkan bahawa faedah yang kita perolehi dari transaksi berkenaan adalah faedah yang paling maksimum. Kita juga merasa bahawa kita perlu dilayan seperti raja dari segi barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada kita kerana kitalah yang berhak menentukan sama ada kita akan membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan dan dari siapa kita akan mendapatkannya.

♥ Mengikut Peter Drucker, seorang penulis terkemuka dalam bidang pengurusan, kepenggunaan bermakna yang pengguna melihat pengeluar-pengeluar barangan sebagai mereka yang berminat tetapi tidak memahami hakikat sebenar keperluan pengguna. Beliau menganggap pengeluar-pengeluar barangan sebagai mereka yang tidak berusaha mengambil tahu, tidak memahami dunia hidup pengguna dan mengharap pengguna membuat penentuan yang mana pengguna sendiri tidak bersedia atau tidak dapat melakukannya.

♥ Y.A.B. Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang ke4 telah memberi satu takrifan yang tepat pada "pengguna" dalam ucapannya semasa merasmikan majlis sempena Hari Pengguna Sedunia Tahun 1992. Katanya , "semua rakyat Malaysia tanpa mengira kedudukan dalam masyarakat adalah pengguna. Setiap insan adalah pengguna yang memerlukan barangan, perkhidmatan atau kurniaan alam semula jadi. Atas asas itu, pengguna adalah asas segala kegiatan ekonomi".

♥ Sebagai pengguna kita memainkan peranan yang penting dalam ekonomi negara kerana tujuan pengeluaran barangan atau perkhidmatan hanyalah satu iaitu pengguna. Pengeluar atau penjual memerlukan maklumat-maklumat tentang apakah dorongan-dorongan yang membuat pengguna memilih dan membeli barangan atau perkhidmatan tertentu. Pengguna yang dimaksudkan di sini adalah pengguna akhir atau "ultimate consumer" kerana di pasaran terdapat juga pembeli yang membeli barangan secara borong/pukal dengan tujuan untuk menjual barangan itu semula atau pembeli bahan mentah yang memerlukan pemprosesan sebelum dijual kepada pengguna akhir.

♥ Kepuasan keperluan adalah asas kepada pembelian barang barang dan perkhidmatan di pasaran. Keperluan ini terbahagi kepada dua iaitu keperluan primer dan keperluan sekunder. Keperluan primer adalah seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal yang asasi. Manakala keperluan sekunder pula adalah berkait dengan personaliti dan perlakuan sosial seseorang misalnya pembelian barangan atau perkhidmatan yang bertujuan menonjolkan sesuatu imej atau status kepada orang lain dengan tujuan mendapatkan pengiktirafan sosial. Kadang kala dorongan terhadap keperluan berbentuk sekunder menjadi begitu penting kepada pengguna dan mengatasi keperluan primer. Seringkali juga keperluan sekunder juga dikenali sebagai kehendak 'Ilwants' yang pada kebiasaannya adalah tidak terbatas.

~ MASALAH KESEDARAN KEPENGGUNAAN DI KALANGAN PENGGUNA ~

♥ Kesedaran pengguna terhadap hak-hak dan kewajipan mereka sebagai pengguna pada hakikatnya adalah merupakan masalah asas kepada pengguna. Selagi belum timbul kesedaran di kalangan pengguna terhadap peranan dan tanggungjawab mereka, selagi itulah usaha-usaha pergerakan pengguna dan kerajaan untuk melindungi hak-hak dan kepentingan pengguna serta usaha-usaha kerajaan untuk membendung inflasi tidak dapat mencapai matlamatnya dengan berkesan.

♥ Masalah yang dihadapi oleh pengguna adalah terlalu banyak. Walau bagaimanapun, masalah-masalah yang dihadapi adalah bersabit dari usaha pengguna untuk mendapatkan hak-hak mereka sebagai pengguna yang berpunca kegagalan sistem pasaran dan institusi-institusi di dalamnya memberikan segala hak yang sepatutnya diperolehi pengguna. Di samping itu pengguna-pengguna sendiri adalah kurang peka kepada hak-hak mereka yang disediakan oleh undang-undang dan peraturan yang diwujudkan untuk melindungi mereka. Tidak ramai di antara pengguna di negara ini yang memberi perhatian terhadap hak-hak mereka yang diperuntukkan dalam undang-undang sebelum pengguna membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan di pasaran.

♥ Di samping itu, para pengguna juga kurang mengambil tahu tentang institusi dan peranan perlindungan pengguna yang ada di negara ini yang berfungsi untuk melindungi kepentingan mereka seperti:
(a) Majlis Hal Ehwal Pengguna Kebangsaan (MHEPK)
(b) Majlis Penasihat Pelindung Pengguna Kebangsaan (MPPPK)
(c) Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
(d) Bahagian Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
(e) Agensi-agensi Kerajaan
(f) Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri dan Daerah
(g) Persatuan Pengguna.

♥ Kelemahan-kelemahan yang ada pada pengguna inilah yang menyebabkan para pengguna dengan mudah menjadi mangsa kepada peniaga-peniaga yang kurang bertanggungjawab.Banyak insiden-insiden yang telah berlaku yang telah menjejaskan hak dan kepentingan pengguna yang antara lainnya termasuklah:
(a) kegiatan menyorok barang-barang dengan tujuan menaikkan harga;
(b) tiada tanda harga pacia barangan yang dijual yang sepatutnya mempunyai tanda harga;
(c) pelabelan barangan yang tidak lengkap;
(d) sukatan atau timbangan yang tidak mencukupi seperti yang didakwa;
(e) barang palsu; dan halal dan haram dan sebagainya.