♥ Undang-undang perlindungan pengguna adalah merupakan perundangan bagi memberi perlindungan kepada pengguna berhubung dengan hak-hak asasi mereka sebagai pengguna. Dalam hubungan ini, pada 9 April 1985, Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu telah mengeluarkan satu. Garis panduan mengenai perlindungan pengguna untuk diguna pakai oleh tiap-tiap negara dalam menggubal polisi dan perundangan berhubung dengan perlindungan pengguna. Prinsip umum yang diputuskan di dalam garis panduan ini ialah bahawa mana-mana perundangan bagi perlindungan pengguna bukanlah akan menjadi satu halangan atau tidak selaras atau bercanggah dengan amalan atau kewajipan perdagangan antarabangsa.
♥ Hari ini, sernua negara yang menganggotai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. telah pun menggubal undang-undang bagi memberi perlindungan pengguna mengenai hak asasi mereka sebagai pengguna. Pendekatan yang diambil mungkin berbeza antara satu negara dengan negara lain bergantung kepada keadaan ekonomi dan sosial negara-negara tersebut. Bagi tujuan ini, United Kingdom, misalnya, telah menggubal Akta Perlindungan Pengguna, 1987. Malaysia telah mengikuti United Kingdom dalam perkara ini dan tidak berapa lama lagi akan mengadakan undang-undang yang sama dengan pindaan atau modifikasi sewajarnya mengikut kesesuaian negara ini. Pada masa ini, Malaysia telah mempunyai 29 undang-undang yang berhubungkait dengan perlindungan pengguna. Semua undang-undang ini mempunyai kaitan antara satu sama lain iaitu bagi memberi perlindungan kepada pengguna. Bagi tujuan kertas ini, undang-undang berkenaan akan diklaskan kepada 3 kategori:
# Undang-undang yang digubal bagi tujuan mempastikan pengguna tidak dinafikan keperluan-keperluan asas mereka.
# Undang-undang yang digubal bagi tujuan mempastikan keselamatan fizikal pengguna, terutamanya, melindungi pengguna daripada dibekalkan dengan barangan-barangan atau perkhidmatan-perkhidmatan yang boleh membahayakan kesihatan dan keselamatan mereka.
# Undang-undang yang digubal bagi tujuan memberi perlindungan ke atas kepentingan ekonomi pengguna, terutamanya, bagi mempastikan pengguna mendapat faedah yang optimum melalui sumber ekonomi mereka yang terhad.
~ UNDANG-UNDANG BAGI MEMPASTIKAN PENGGUNA TIDAK DINAFIKAN KEPERLUAN ASAS MEREKA ~
- ♥ Makanan, pakaian, tempat tinggal, peujagaan kesihatan, keselarnatan, persekitaran yang sihat, hak untuk mendapat maklumat dan pelajaran adalah merupakan keperluan-keperluan asas bagi pengguna-pengguna. Undang-undang yang digubal ini adalah bertujuan mempastikan para pengguna tidak dinafikan keperluan keperluan asas ini. Tiap-tiap undang-undang ini saling berhubungkait antara satu dengan yang lain bagi mempastikan ianya dapat memberi perlindungan kepada pengguna-pengguna akan kepentingan ekonomi mereka. Semua undang-undang ini mempunyai objektif yang sama.
- ~ UNDANG-UNDANG BAGI MEMPASTIKAN KESELAMATAN FIZIKAL PENGGUNA ~
- ♥ Hak kepada keselamatan dan hak kepada maklumat adalah dua hak asas pengguna. Undang-undang bagi mempastikan keselarnatan fizikal pengguna adalah perlu agar kedua-dua hak ini dihormati dan dilaksanakan. Dalam hubungan ini, pengguna pengguna seharusnya mempunyai hak bagi mendapatkan barangan-barangan atau perkhidmatan-perkhidmatan yang selarnat dan dibekalkan dengan maklumat maklumat sewajarnya. Undang-undang perlindungan pengguna di bawah kategori-kategori ini umumnya menyatakan :-
-> standard mandatori, keperluan keselamatan dan spesifikasi teknikal barangan atau perkhidmatan. -> maklumat yang perlu dibekalkan bersama barangan atau perkhidmatan kepada pengguna termasuk cara maklumat itu dibekalkan. -> cara barangan atau perkhidmatan khusus untuk dikilangkan, dibekalkan atau ditawarkan untuk bekalan.
- ♥ Melarang pengilangan, pembekalan atau penawaran untuk bekalan:
-> mana-mana barang atau perkhidmatan yang tidak mengikut cara yang ditentukan. -> mana-mana barang atau perkhidmatan yang tidak selarnat atau membahayakan kesihatan pengguna.-> mana-mana barang atau perkhidmatan yang gagal dengan mernatuhi standard mandatori, keperluan keselarnatan dan spesifikasi teknikal yang ditentukan.-> mana-mana barangan atau perkhidmatan yang tidak dibekalkan dengan apa-apa maklumat yang ditentukan. -> mana-mana barang atau perkhidmatan yang mengandungi maklumat yang palsu, mengelirukan cara yang ditentukan.
♥ Memperuntukkan kuasa-kuasa yang diperlukan kepada pihak yang berkuasa bagi membuat peraturan-peraturan atau mengenakan syarat-syarat tertentu bagi mempastikan barangan atau perkhidmatan yang dibekalkan atau ditawarkan untuk bekalan adalah selamat. Kuasa-kuasa ini dimasukkan kuasa :-
* bagi meminta pengilang atau pembekal atau mendapat balik, mengganti, membaik pulih dan memberi gantirugi bagi barang-barang yang rosak atau membahayakan kesihatan pengguna. * bagi meminta mereka yang bertanggungjawab, memasarkan barangan memaklumkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan dan orang ramai dengan segera sekiranya mereka mengetahui bahawa barangan yang dipasarkan itu boleh membahayakan pengguna.* menggantung atau melarang bekalan atau tawaran untuk membekalkan apa-apa barangan yang didapati tidak selamat atau membahayakan kesihatan pengguna.
- ♥ Mengadakan mekanisma "redress" yang mencukupi termasuk perkara-perkara yang berhubungkait dengan "liability" barangan.
- ♥ Undang-undang perlindungan pengguna ke atas barangan atau perkhidmatan yang tidak selamat adalah bertujuan menggalakkan perilaku yang tinggi atau beretika bagi mereka yang mengeluarkan dan memasarkan barangan dan perkhidmatan.
~ UNDANG-UNDANG BAGI MELINDUNGI KEPENTINGAN EKONOMI PENGGUNA ~
♥ Para pengguna sepatutnya mendapat faedah yang optimum daripada sumber-sumber ekonomi mereka yang terhad. Undang-undang digubal bagi maksud ini adalah undang-undang yang memberi perlindungan ke atas kepentingan ekonomi pengguna. Secara asasnya, undang-undang ini :
♥ Meminta peniaga mematuhi keperluan-keperluan spesifik, seperti :-
=> memberi penunjuk akan harga bagi sernua jenis barangan => bagi mengadakan maklumat berhubung dengan barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan untuk bekalan bagi membolehkan pengguna membuat pilihan yang betul
♥ Mengawal atau melarang apa-apa bentuk amalan perniagaan yang boleh membawa kesan negatif ke atas kepentingan ekonomi para pengguna seperti :
:-> mengawalselia jualan barang-barang, sewa beli, jualan rumah ke rumah dan segala bentuk transaksi kredit :-> melarang jualan secara pilamid :-> melarang membuat tuntutan yang palsu atau mengelirukan :-> melarang salahguna dalarn apa-apa kontrak :-> melarang perdagangan secara monopoli atau "dumping"
♥ Meletakkan tanggungjawab dan obligasi ke atas peniaga bagi menunjukkan :-
-> bekalan yang memenuhi permintan yang berpatutan -> pengguna mempunyai pilihan yang lebih banyak -> harga atau caj yang berpatutan -> kernudahan khidmat lepas jualan -> maklumat yang dibekalkan mengenai barangan dan perkhidmatan termasuk timbangan dan sukatan yang tepat -> barangan atau perkhidmatan yang boleh dipercayai dan sesuai dengan tujuan ianya dibuat.~ UNDANG UNDANG PERLINDUNGAN PENGGUNA DI BAWAH BIDANGKUASA KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA ~
♥ Seperti yang disebut di awal tadi, terdapat 29 undang-undang yang mana. objektifnya adalah melindungi pengguna pada masa ini. Undang-undang ini ditadbir dan di bawah bidangkuasa berbagai Kementerian. Kementerian Perdagangan Dalarn Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah diamanahkan dengan 6 daripada undang-undang ini iaitu:
* Akta Kawalan Harga 1946 * Akta Kawalan Bekalan 1961 * Akta Sewa-Beli 1967 * Akta Timbang dan Sukat 1972 * Akta Perihal Dagangan 1972 * Akta Jualan Langsung 1993.
No comments:
Post a Comment